orang tua itu kelihatan biasa.. dia menuturkan kata-kata yang tidak ku fahami.. tiba-tiba.. dia memandangku.. matanya jernih.. tenang air mukanya..
'nak.. ingat selalu ya nak.. ingat tuhan yang satu.. ingat.. simpan dalam2 di hati kita!'
aku hanya senyum.. mengangguk.. kurang menumpu perhatian..
mungkin kerna melihatnya berbicara tanpa henti.. orang tua itu meneruskan perbualannya dengan orang lain.. sebelum beredar.. dia memandang aku lagi.. lantas berjalan perlahan-lahan ke arahku..
'nak.. ingat selalu ya nak.. ingat tuhan yang satu.. ingat.. simpan dalam2 di hati kita!'
aku senyum lg.. mengangguk lagi.. 'insyaallah nek'.. masih memberi reaksi yang sama.. mungkin tidak berpuas hati dengan reaksiku.. dia menggenggam kedua-dua tanganku.. matanya menatap mataku.. tajam.. ada penegasan di situ..
'ingat Allah nak.. ingat Tuhan yang satu.. jangan pernah lupa.. kalau kau senang ke nak.. susah.. ingat tuhan! Allah tu sentiasa dekat dengan kita.. jangan sesekali kau lupa pada DIA!'
aku terpana.. ayat itu langsung menyentap jantungku..
'kejadianmu elok.. akalmu elok.. maka jangan kau lupa pada TuhanMU!'
melihat aku kaku begitu.. terkesima.. orang tua ini asing sungguh bagiku.. otak aku ligat berpusing.. aneh dengan nenek ini.. dia memegang bahuku...
'jangan kau lupa asal usulmu ye nak.. ingat pada orang tuamu.. ingat jasa mereka.. berbakti pada mereka.. doakan mereka selalu.. kalau kau jauh.. kau doakan mereka selalu!'
air mataku bergenang.. sayu.. diam ku kaku..
'tolong orang ye nak.. jangan lupa tolong orang.. ikhlas... hati kena ikhlas.. takper susah sikit.. tapi biar Allah redha dengan kita... jangan sombong.. jangan pedulikan apa orang kata.. yang penting kita tahu niat kita.. niat kita hanya kerana Allah... ikhlas.. ikhlas.. ikhlas..!'
aku rasa hatiku seperti dicarik-carik.. ayatnya tepat memanah ke jantung.. air mukaku merona merah.. menahan sebak.. nenek itu diam juga akhirnya.. menatap mataku.. tangannya masih di bahu ku..
'insyaallah nek.. insyaallah..' aku tak tahu lagi mahu berkata apa.. terkesima..
'mak.. balik mak... ooo mak!'
seorang wanita 40an memanggil orang tua itu.. dia mengambil tangan ibunya dari bahuku..
'maafla yer.. mak ni mmg byk ceramah sikit.. sebab tu cucu-cucu dier malas nak jaga dier'
'eyh takpe cik..'
'balik dulu la yer.. dah nak maghrib..'
wanita itu menarik nenek itu.. kelihatan tidak suka ibunya berkelakuan begitu.. nenek itu memandang aku lagi.. senyum.. sebelum menaiki kereta anaknya..
'ingat ye nak'
meninggalkan aku yang terpinga-pinga.. aku senyum.. hurm.. petang yang luar biasa.. mata itu.. jernih.. tenang.. indah..
bermonolog sendiri... 'insyaallah nek.. saya tak mungkin lupa..'
No comments:
Post a Comment