Tuesday, 9 November 2010

Takutkah Kamu?..

pengajaran hari ini.. jangan sibuk kutuk orang lain.. sibuk cakap orang lain terukla.. xder agama la.. cermin dulu diri kita sendiri.. jangan nak budget tahu serba serbi hal agama.. budget dah jadi manusia yang baik.. konon takut pada Tuhan Sang Pencipta.. TAKUTKAH kamu? atau pura2 takut di depan orang? sengaja mencari perhatian agar orang lain memandang tinggi ke kamu? Persoalannya..

TAKUTKAH KAMU?

Benar kamu takut? Sengaja meninggalkan solat? Solat di waktu orang lain ada je? Benar kamu takut? Jadi takut kamu itu kerana takut orang tahu kamu ni pemalas atau memang TAKUTKAN ALLAH? cerminlah diri sendiri dulu. tanya hati. xperlu sibuk sangat urusan ngan manusia. urusan dengan ALLAH? takutkah kamu bila urusan akhirat kamu remehkan.

bila solat kamu tinggalkan dengan sengaja, bererti, kamu seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak mengatur dan memerintah hambaNya. Lantas, tanyalah diri, apa guna kamu pura2 solat bila orang lain ada, sibuk mengajak teman-teman solat, tapi bila sendirian di bilik, sendirian dengan Tuhan, kamu tidak peduli, sibuk mencari alasan, aah, tertidurlah, terlupalah, mengapa tidak solat waktu kamu ingat? mengapa kamu tidur sedangkan kamu tahu kamu akan terlajak tidurnya? maka tanyakan lagi ke hati kamu. TAKUTKAH kamu? atau pura-pura takut?

tanyakan lagi diri kamu. waktu kamu solat. khusyukkah kamu? betulkah bacaan al-Fatihahmu? atau ambil remeh lagi? hati, 'orang lain tak dengar pun, asal nampak aku semayang suda' hati lagi, 'eyh, teringat dunia plak, astaghfirullahalazim,' kemudian sambung memikirkan hal dunia. jadi tanya hati kamu lagi. TAKUTKAH kamu. di hadapan Allah, kamu masih memikir hal dunia.



TAKUTKAH KAMU?
pikir2 kan lah

No comments: