Friday, 3 February 2012

aku tahu.. tapi..




aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya

aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat

aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan

aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng

aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya

aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga

aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang

aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih tak pandai menjaga diri

aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah

aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah tak endahkannya

aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi

aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa

aku tahu aku ini hambaNYA
tapi masih hanyut dengan dunia

aku tahu azabnya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat padaNYA

aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi tak berusaha untuk medapatkannya
....................

Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..

sedangkan tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut.

Kenapa aku jadi begini???

Aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT, tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.

Jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.........

No comments: