Wednesday 29 August 2012

bila?

scene : kat kampung

ni bila lagi ni?

bila apa? *pura2 blur

bila nyer hai ko ni... jgn milih sgt!

err... pakcik2 ku.. nak pilih mende... takde sape pn yg nak dipilih
*mengomel dalam hati



scene : tempat kerja

doc tak teringin ke pagi2 raya cium tgn husband?

err.. takpe.. tgn mak bapak ader lgi

doc.. tak baik anak dara duk sorg2.. nak tggu sampai bila doc

err.. ntah.. sampai tetiba ader jodoh la

jodoh kena cari doktor

nantila carik (menukar topik perbualan)



scene : meeting dgn collegues

rini bila ni? tahun ni ke tahun depan?

hurm.. tak tau.. dec la..

hah..?? wah!!! ngan sape?

ntah.. dec bley tahun bile2... haha

ceyh.. asal tanyer je.. dier wat lawak bodo



scene : lepak ngan member

tolong la rini.. tolong la kawen

eyh.. pesal korg risau aku tak kawen.. ko je tak kawen

aku dah nak kawen.. ko? haih.. aper yg ko nak? ko tu dah tua la... haih (lagi)

*dan bebelan bersambung tanpa henti




pnat la nak jawab...
bley tak pasni org tanyer
nak tutup telinga.. pastu...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!
agak2 tergezut tak org?
hahaha


pakcik, makcik, staff2 kesayangan, dan kawan2...
cari boyfriend senang
cari husband pun senang
tapi nak cari husband yang..
nak bimbing kita
nak blaja lagi agama
nak kita tutup aurat
nak paham kita
nak sayang family kita
nak sabar dengan kita
nak berjaya dunia akhirat

yang itu
susah

saya penat..
jangan tanya lagi boleh tak?
sebab awak lukakan hati saya bila awak tanya


Sunday 12 August 2012

Hukum Memberi Salam Kepada Perempuan Ajnabi


Hukum Memberi Salam Kepada Perempuan

Oleh: ust. salman maskuri
Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.
Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
  • Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  • Orang yang sedang berada didalam tandas
  • Orang yang sedang makan dan minum
  • Orang yang sedang berperang
  • Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  • Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  • Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  • Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  • Orang yang sedang azan dan iqamat.
  • Orang yang sedang qada’ hajat.
  • Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  • Orang yang sedang iqamat
  • Orang yang sedang mabuk.
  • Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  • Orang yang sedang solat
  • Orang gila
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  • Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  • Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
  • Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.
Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.


dari: http://akuislam.com/blog/doa/hukum-memberi-salam-kepada-perempuan/#ixzz23LVYwXmB

Tuesday 7 August 2012

i miss this feeling


feeling of being a stranger